Home Top Ad

Responsive Ads Here

Kelebihan belajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Share:



Kelebihan belajar di Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) 
Assalamualaikum adik-adik .
Pertamanya, entry ini ditulis bukan untuk mengagungkan Sekolah Berasrama Penuh, bukan pula untuk menghina sekolah harian biasa,sekolah teknik atau sekolah-sekolah lain. Entry ini ditulis untuk panduan atau mungkin serba sedikit pengenalan kepada kehidupan SBP bagi adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR atau PT3 .

廣告-請繼續往下閱讀

Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
APA ITU SEKOLAH BERASRAMA PENUH ?
Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) merupakan sekolah yang 100% di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia . Berbeza dengan MRSM yang merupakan bawah kelolaan MARA yang bukan 100% kerajaan namun ianya di bawah kawalan KPM juga .
BAGAIMANA MEMOHON ?

廣告-請繼續往下閱讀

Setiap tahun, Kementerian Pelajaran Malaysia akan menghebahkan kepada umum tentang permohonan ke SBP bagi calon PT3 dan UPSR .Permohonan murid secara online kemasukan ke Tingkatan Empat Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 
Sila layari laman web KPM di https://sst4.moe.gov.my
 untuk keterangan lanjut.
KELAYAKAN ?

廣告-請繼續往下閱讀

Baiklah, memandangkan Sekolah Berasrama Penuh merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Budak Pandai , maka keputusan UPSR dan PT3 anda haruslah cemerlang . Dalam pengetahuan saya, straight A ( 5A UPSR, 8A PT3. Kalau selain dari tu, ha tu guna orang dalam lah kot nak masuk) . Tapi kalau MRSM, B boleh mohon lagi asalkan B bukan subjek Sains dan Matematik .
ok cukup, atas tu cuma intro ( panjang betul ye ). sekarang masuk kepada main point kita, KELEBIHAN BELAJAR DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( SBP ).
KELEBIHAN
1) BERDIKARI
Berdiri di atas kaki sendiri . ye, ianya kelebihan. mengajar adik-adik jangan malas.basuh baju sendiri, lipat sendiri,kapur kasut sendiri, iron baju sendiri . semua SENDIRI . haha. ada berani ? sahutlah cabaran, anak manja !
2) MAKAN ORANG SEDIAKAN 
Ha ini part best bagi saya (teringat kenangan dulu-dulu) . semua sekolah SBP mempunyai Dewan Makan sendiri. waktu makan tu, tinggal ambil, pastu suap dalam mulut je. Bersyukurlah adik-adik, dah la anda pelajar terpilih, makan pun orang sediakan,apa lagi ? bersyukurlah .
3) SEMANGAT ASSABIAH YANG TINGGI ( kadang-kadang melampau. haha )
Ini dapat dilihat paling ketara waktu hari sukan . Rumah Y boikot Rumah X. haha .semangat ni, ada baik buruknya. tentang hubungan senior junior, buli itu tak dapat nak elak . eh asalkan anda tak ganggu orang, kenapa anda perlu takut. ada senior buli ? guru disiplin ada. setiap sekolah ada undang-undang. tapi jangan lah melampau sampai kalau setakat senior pandang macam nak makan je ang pi jumpa cikgu disiplin. manja sangat tu ! euwww . lagi satu, semua sekolah SBP mengamalkan sistem merit( tambah markah) dan dimerit( tolak markah) . markah anda merit kalau ada ahli rumah( bukan rumah sewa, rumah sukan) yang aktif dalam several activities macam pidato, sukan, wakil sekolah ke Jepun . tapi ! dimerit akan berlaku jika ada pelajar yang melanggar peraturan sekolah mcm bawak handphone, buli, hisap rokok .pada akhir tahun, rumah sukan yang mempunyai merit tertinggi akan diiktiraf Juara. kire hebakk ar ni ahli rumah sukan tu .

廣告-請繼續往下閱讀

4) PELUANG MEMPELAJARI BAHASA KETIGA
Teruja tak? tapi bagi peminat K-Pop, harap maaf, takde bahasa Korea. SBP hanya sediakan tiga bahasa utama iaitu Arab,Jepun,dan Perancis . setiap tahun juga, SBP akan hantar student nye ke negara tersebut ( selalunya budak Jepun lah dapat kalau sekolah aku dulu ) dalam program pertukaran pelajar . anda ke sana, pelajar luar negara ke sini (Malaysia) .
5) PELUANG AKTIF DALAM BIDANG KO-KURIKULUM .
Okey, tak dinafikan semua sekolah ada ko-kukurikulum.tapi istimewanya SBP ni, masa berlatih lebih banyak memandangkan anda pelajar asrama. contoh la ye macam sekolah aku ( promote sekolah ke kak? a'ah, sikit lah. haha ) Kami merupakan Johan Kawad Kaki Peingkat Kebangsaan sebanyak berapa kali entah sebab...selalu kot menang( bkn riak,cuma contoh ) rahsianya? sebab pagi petang siang malam berlatih . kadang2, pengetua bagi kelonggaran balik kelas awal untuk berlatih kawad. best kan ? Kriket pun nama kami harum mekar di peringkat Kebangsaan. ada juga bidang ko-kurikulum lain macam ragbi, debat..semua ada nama . ada juga yang wakil sekolah ke luar negara dlm pelbagai bidang contoh : robotik dan engineering.
6) PROGRAM LAWATAN KE LUAR NEGARA 
Ada sesetengah sekolah SBP, buat lawatan ke sekolah lain di luar negara dalam usaha nak dapatkan kebitaraan sekolah mereka. Macam pertukaran pelajar jugak lah, dan mereka bertukar-tukar pendapat dan pengalaman macam sistem perpustakaan, sistem pembelajaran, IT dan macam-macam lagi.
7) BERSAING DENGAN PELAJAR LAIN 
dah nama SBP, pasti mengumpulkan pelajar-pelajar cemerlang seluruh negara . persaingan pun sengit, semangat nak belajar pun positif sebab semua berlumba-lumba nak jadi yang terbaik. ada juga cikgu buat kelas tambahan PERCUMA je tanpa bayaran untuk pelajar. kalau sekolah harian, tuisyen kan dah kena bayar, mahal pulak tu .SBP semua cukup adik-adik, tinggal belajar je .

廣告-請繼續往下閱讀

廣告-請繼續往下閱讀

1 comment:

  1. Sebenarnya setiap pelajar pandai akan merasai juga tinggal berjauhan dari keluarga contohnya tinggal di asrama semasa matrikulasi atau asasi dan juga di kolej2 semasa di universiti serta berjauhan dari keluarga semasa berkerja dan meniti perkahwinan....benih yg baik jatuh ke laut menjadi pulau.

    ReplyDelete