SAMA ada mahu mahu 'pin' perbualan penting di bahagian paling atas atau mahu membaca mesej tanpa diketahui oleh pengirimnya, banyak sebenarnya rahsia WhatsApp yang mungkin anda belum tahu.
Berikut disertakan senarainya:
'Pin' perbualan penting
Menaip nama individu penting dalam bar carian atau 'scroll' ke bawah untuk mencari ke rekod atau sejarah sembang dengan mereka mungkin mengambil masa dan membosankan.
WhatsApp membolehkan anda untuk 'pin' tiga kenalan di bahagian atas.
'Swipe' satu chat ke kanan dan sentuh ikon pin untuk menaikkannya ke atas (iOS) atau untuk Android, tekan lama satu perbualan dan sentuh ikon pin.
Baca mesej tanpa diketahui pengirim
Anda sebenarnya boleh mengelak daripada berlakunya dua tanda biru walaupun mesej itu anda telah baca. Tetapkan telefon anda pada mod penerbangan dan bukalah perbualan di WhatsApp untuk membaca mesej.
Tutup aplikasi itu selepas membacanya dan keluarkannya dari pelbagai tetingkap yang anda buka.
Kemudian anda boleh tutup semula mod penerbangan dan mesej yang dihantar akan kelihatan seperti belum dibaca.
Tandakan chat sebagai 'belum dibaca'
Ia membolehkan anda menandakan satu chat dengan satu titik jika anda telah membaca mesej itu tetapi tidak dapat membalasnya dengan segera.
Ia akan menjadi peringatan kepada anda untuk kemudian nanti.
Untuk iOS, swipe perbualan berkenaan ke kanan dan sentuh ikon 'belum dibaca', manakala untuk Android, tekan lama perbualan yang anda mahu tandakan sebagai 'belum dibaca'.
Tutup 'last seen' (kali terakhir lihat)
WhatsApp membolehkan anda melihat masa aktiviti terakhir kenalan anda pada aplikasi dan begitulah sebaliknya.
Anda boleh melindungi privasi anda supaya orang lain tidak tahu bila kali terakhir anda menyemak mesej WhatsApp dengan mematikan pilihan itu.
Pergi ke 'setting', pilih akaun dan sentuh 'privacy' untuk memilih pilihan yang sesuai untuk diri anda pada 'last seen'.
Baca dan hantar mesej tanpa sentuh telefon
Pembantu maya seperti Siri dan Google Assistant dapat membantu anda membaca mesej tanpa menaip atau menyentuh telefon.
Apa yang perlu anda buat ialah memberi arahan lisan dan mereka akan melakukan yang seterusnya.
Hentikan media daripada muat turun automatik
Tidak semua gambar dan video yang dihantar mahu disimpan dalam galeri secara automatik, yang akan mengurangkan ruang dalam telefon dan mungkin mengurangkan kelajuan pemprosesan.
Pergi ke 'setting'- chats dan matikan pilihan 'Save to camera roll' untuk iOS atau 'Show media in gallery' bagi pengguna Android.
Anda juga boleh menukar pilihan muat turun media untuk perbualan individu.
Buka satu chat khusus dan sentuh nama kenalan atau kumpulan di bahagian atas.
Buka pilihan 'Save to camera roll' (iOS) atau 'Media Visibility' (Android) dan pilih yang sesuai untuk anda pada tetapan.
Tambah 'doodle' dan emotikon pada gambar anda
WhatsApp membolehkan anda bermain dengan gambar dengan menambah doodle, teks dan emotikon.
Padam mesej yang tersalah hantar
Mesej yang tersalah hantar atau secara tidak sengaja boleh dipadam dari inbox penerima. Pilih mesej tersebut dan sentuh pilihan 'Delete for everyone'.
Tukar keutamaan teks bahasa
Anda tidak semestinya bersembang dalam bahasa Inggeris di aplikasi ini, yang sebenarnya menawarkan pilihan beberapa bahasa lain.
Pergi ke setting dan pilih chat, kemudian pilih bahasa dan buatlah pilihan.
Tukar font (tulisan)
Ciri ini membolehkan anda memformat teks dan menukar font biasa kepada huruf tebal (bold) atau condong (italic).
Ketahui siapa paling banyak berbual dengan anda
Anda mungkin mempunyai senarai panjang rakan sembang yang kerap anda berbual, tetapi pasti ada seorang yang paling kerap.
Anda boleh mengetahui kenalan mana yang menggunakan storan maksimum.
Buka setting dan pergi Data and Storage Usage. Pilih 'Storage Usage' dan kemudian pilih kenalan tersebut. Anda akan dapat lihat berapa banyak storan yang telah digunakan oleh setiap kenalan.
Tukar wallpaper
Kertas dinding boleh disesuaikan dengan pergi Wallpaper pada Chat di bawah Setting.
Anda boleh pilih gambar dari galeri, perpustakaan atau pilih warna.
Tanda mesej
Mungkin terdapat sesuatu yang penting dalam satu chat yang anda ingin 'bookmark' (tanda).
WhatsApp membolehkan anda melakukannya dengan meletakkan tanda bintang. Buka mesej yang dikehendaki, tekan lama dan kemudian tekan bintang.
Sebar mesej kepada ramai kenalan
Mesej awam boleh dihantar secara persendirian dengan bantuan senarai Broadcast pada WhatsApp.
Mesej yang dihantar kepada satu senarai kenalan akan diterima sebagai mesej individu oleh mereka. -
info menarik...thanks
ReplyDelete