• This is default featured slide 1 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 2 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 3 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 4 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

  • This is default featured slide 5 title

    Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by NewBloggerThemes.com.

7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal


Dengan panduan cara mengempiskan perut yang Abam Kie kongsikan ini, anda pasti mampu untuk mengurangkan tahap boroi perut anda. Jom ketahui caranya dan amalkan!

Apabila perut sudah buncit, punyalah susah untuk kita mengecilkannya semula, kan? Tapi tidak mengapa, apa kata anda cuba pula 7 cara mengempiskan perut yang Abam Kie kongsikan di sini.

Ia bukan sebarang nasihat. Ia adalah nasihat cara mengempiskan perut yang dikongsikan oleh seorang doktor di laman FBnya, Dr. Rizal Abu Bakar. Yang bestnya, tips ini mudah dan praktikal. Ia tidak menuntut pengorbanan fizikal yang memerlukan anda bersenam berjam-jam lamanya pun!

Cukup sekadar mempraktikkan apa yang dikongsikan, mempunyai disiplin dan mental yang kuat, impian anda untuk memiliki perut yang slim pasti menjadi kenyataan!

Jom kita tengok apa nasihatnya.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/dr rizal abu bakar.jpg 7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor
Kredit: FB Dr. Rizal Abu Bakar

Mengapa perut buncit tidak bagus untuk kesihatan?

Sebelum kami berkongsi bagaimana cara untuk mengempiskan perut anda, mari kita lihat mengapa perut buncit tidak bagus untuk kesihatan diri.
Menurut Dr. Rizal, perut buncit boleh menjadi punca penyakit. Jika diabaikan, ia akan mengganggu keadaan kesihatan diri kita yang lain.
Malah, menerusi kajian lanjut kami lagi, ia boleh membawa kepada beberapa komplikasi penyakit yang serius. Antaranya adalah seperti:
  • penyakit jantung
  • kencing manis
  • keradangan
  • kanser
Okay, sekarang anda sudah tahu bukan mengapa anda perlu membuang “tayar spare” di perut anda?
Jadi, mari memulakan langkah dengan belajar cara mengempiskan perut!

7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal

Perkongsian oleh Dr. Rizal Abu Bakar adalah hasil daripada rujukan kajian dan praktis klinikal. Jadi, cara mengempiskan perut ini amat berkesan dan praktikal untuk anda amalkan.

1. Ambil makanan kaya dengan protein

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/cara mengempiskan perut protein.jpg 7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor

Menurut Dr. Rizal, mengambil hidangan menu yang tinggi protein adalah satu cara mengempiskan perut yang efektif.
Protein yang anda ambil akan melepaskan hormon PYY, iaitu hormon yang berkaitan dengan kelaparan dan kekenyangan.
Apa yang berlaku adalah hormon ini akan menghantar isyarat ke otak dan memaklumkan badan kita yang kita sudah kenyang.
Maka, anda akan cepat berasa penuh dan tidak perlu lagi memakan tanpa henti.

2. Urus stress dengan baik

Apa pula kaitan antara stress dengan perut? Menurut Dr. Rizal, apabila kita stress, ia akan menyebabkan hormon kortisol mengalir laju dalam sistem badan.
Hormon ini pula suka untuk mengumpulkan lemak. Jadi, semakin anda tertekan dan tidak menguruskannya dengan baik, maka semakin mudah untuk perut anda membuncit.
Tidak cukup dengan itu, stress juga akan meningkatkan selera makan. Jadi, anda akan mudah melahap dan akhirnya, perut semakin ke hadapan!

3. Hentikan pengambilan gula putih

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/cara mengempiskan perut gula.jpg 7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor

Antara cara mengempiskan perut yang paling mudah dan praktikal adalah anda perlu menghentikan pengambilan gula putih dalam makanan dan minuman.
Ada banyak kajian yang menunjukkan pengambilan gula berlebihan, yang selalunya melibatkan pengambilan fruktos yang banyak, akan membawa kepada pengumpulan lemak di perut.
Jadi, kalau anda tidak mahu perut boroi atau mahu mengempiskan perut, elakkan gula putih ya!

4. Lakukan 2 jenis senaman untuk mengempiskan perut

Rasanya ramai yang sudah tahu bahawa kalau ingin kurus atau perut slim, kita perlu bersenam.
Tapi, ada banyak jenis senaman di luar sana. Mana satu yang mampu menyegerakan misi mengempiskan perut?
Menurut Dr. Rizal, anda boleh melakukan 2 jenis senaman berikut kerana ia sangat membantu untuk mengurangkan lemak pada perut.
  • Senaman aerobik
  • Senaman mengangkat berat

5. Dapatkan tidur yang cukup

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/cara mengempiskan perut tidur cukup.jpg 7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor

Kalau anda mahu perut cepat slim, anda perlu dapatkan tidur yang mencukupi antara 6 ke 7 jam sehari.
Menurut kajian yang telah dijalankan selama 16 tahun, wanita yang tidur kurang daripada 5 jam akan mengalami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita yang tidur 7 jam.
Itu adalah antara penerangan Dr. Rizal.

6. Ambil Omega 3 setiap hari

Dari segi pengambilan vitamin tambahan pula, anda digalakkan untuk mengambil lemak ikan setiap hari, atau Omega 3. 
Jumlah pengambilan yang terbaik adalah 2000mg sehari dan jika anda ingin membeli pil suplemen, pastikan anda memilih produk yang tiada merkuri dan anti refluks.

7. Ambil hidangan yang tinggi dengan serat

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/12/cara mengempiskan perut sayuran.jpg 7 cara mengempiskan perut yang mudah dan praktikal menurut nasihat doktor

Cara mengempiskan perut boroi yang seterusnya adalah ini: masukkan serat ke dalam pengambilan hidangan anda setiap hari.
Pilih sayur-sayuran dan buah-buahan yang tinggi dengan serat. Menurut Dr. Rizal, ia membantu  membentuk gel di saluran pencernaan dan menyebabkan makan bergerak lebih lambat.
Anda tidak akan berasa lapar dengan cepat dan kurang mempunyai rasa untuk makan. Ia seterusnya membantu untuk mengurangkan pengumpulan lemak di perut.

Cuba amalkan cara mengempiskan perut ini – ia dapat membantu anda tampil slim!

Sebenarnya, ada banyak cara lain lagi yang dapat membantu anda untuk menguruskan perut yang buncit.
Tapi, Dr. Rizal menasihatkan anda mencuba 7 cara ini dahulu. Ia sepatutnya sudah membantu!
Jadi, jom cuba dan jika ia berkesan, jangan lupa untuk berkongsi testimoninya dengan kami ya. Ia pasti dapat memotivasikan pembaca lain juga.
 
Share:

Ubat semulajadi untuk pelbagai penyakit


*MOHON BACA DAN SIMPAN ILMU UBAT PENYAKIT*

Assalaamualaikum,

Pada hari ini, Abam Kie ingin berkongsi kaedah rawatan semulajadi untuk merawat penyakit yang kita alami selama ini. Abam Kie pohon sahabat2 agar membetulkan jika ada kesalahan di dalam catatan ini dan juga dapat menambah apa2 fakta yg tertinggal di sini.

* Apabila makan, hendaklah mengunyah sekurang2nya 40 kali sebelum menelan makanan tersebut. 
* Air masak / Air panas mati hendaklah diminum sebanyak mungkin sepanjang waktu.
* Air liur basi (ALB) kita adalah ubat yg sangat mujarab. Amalkan berkumur2 dan minum air kumuran yg bercampur ALB itu apabila bangun pagi setiap hari, sebelum melakukan perkara2 lain.

* Hendaklah mandi pagi satu jam sebelum terbit matahari, utk kesihatan tubuh badan.

* Untuk wanita yg berat badannya melebihi 65 KG, elakkan memakan makanan ini:-
   - ikan pari
   - ikan bawal hitam
   - ikan terubuk

* Penawar kanser payudara:-
ambil daun belalai gajah mengikut sukatan ini utk setiap stage kanser berikut:
stage 1 - 50 helai
stage 2 - 100 helai
stage 3 - 150 helai
stage 4 - 200 helai

* kisar daun di atas bersama2 epal hijau sebiji, dan minum airnya sebelum 5 minit selepas penyediaan minuman ini.
nota -  minuman ini tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk - akan hilang kemujarabannya
-epal hijau tidak boleh dimakan melebihi sebiji sehari, kelak akan menyebabkan menurunnya daya ingatan kita.

pilihan kedua - menggunakan kulat susu harimau. Asah kulat ini utk dapatkan cairannya dan disapu di tempat yang terkena barah.

Penawar kanser:
Ubi kayu  - ianya penawar kanser yang paling baik di dunia.
Serai -  air serai juga adalah penawar kanser dan penawar penyakit kencing tikus.
Durian belanda - juga penawar kanser dan penyakit2 lain - ianya hendaklah di'blend'kan bersama2 bijinya sekali.
Penawar penyakit paras kolesterol tinggi Di dalam badan:
akar pokok semalu - rebus akarnya dan minum.

Penawar penyakit Gout:
kadar kesakitan akibat gout adalah 7 kali kadar kesakitan sakit gigi. Ubatnya adalah daun pandan. Rincik daun pandan halus2, blendkan, perah dan minum airnya.

Tiroid:
penyebab tiroid adalah kerana tidur selepas subuh. Penawarnya - janganlah tidur kembali selepas solat subuh.

Sakit jantung:
penawarnya, blendkan bahan2 berikut utk dapatkan airnya dan dicampurkan semuanya sekali menjadi satu sebatian:-
halia - 1 gelas
lemon - 1 gelas
bawang putih - 1 gelas
cuka epal - 1 gelas
madu - 1 gelas
minum sebatian di atas sekali di waktu pagi dan malam (maaf, saya tidak pasti unitnya - samada sesudu, secawan atau etc.)

Penawar Darah Tinggi:-
*penawar terbaik adalah susu kambing yg asli. Diminum setelah dibacakan Ayat 72 dari surah Yaasin.
*amalkan memakan pisang kaki.
*amalkan memakan daun hempedu bumi.
*untuk pesakit darah tinggi - jangan masuk ke bilik air/tandas 15 minit sebelum waktu Asar dan Maghrib, kerana Iblis berjanji akan menyebabkan pesakit jatuh di dalamnya dan menyebabkan kemudaratan yg lebih kpd pesakit.

Penawar Kencing Manis:-
-makan peria katak bersama2 bijinya sekali.
-juga petai belalang - jemur bijinya, goreng dan tumbuk utk dibuat serbuk. Campurkan ianya ke dalam air sebagai minuman
- ramaskan daun ceri di dalam sebaldi air dan rendamkan kaki yg luka tersebut di dalamnya. InsyaAllah akan pulih luka tersebut.

Penawar penyakit berkaitan pundi2 kencing dan prostat:-
Daun pecah beling

Kelebihan herba2 berikut:-
@Akar lalang - lebih baik dari Tongkat Ali
@Kunyit hidup - banyak kelebihannya - amalkan sebagai ulam
@Petai - banyak kelebihannya tetapi jangan ambil lebih daripada 7 ulas setiap kali makan.
@Timun - blend isinya (termasuk bijinya, kecuali kulit) dan minum airnya untuk membersihkan anggota2 dalaman badan seperti paru-paru
@Pegaga -  ubat terbaik utk penyakit resdung - sebaik2nya pegaga nyonya (yg. bersaiz kecil). Juga bertindak sebagai penawar kanser.
@Bawang putih - penawar stress dan menghalang sel2 kanser.
@Daun bidara  - membantu merawat sihir
caranya - rendamkan 7 helai di dalam air. Bacakan ayat Kursi, ayat2 dari surah2 '3 Qul' dan ayat 69 dari surah Taha. Hembuskan ke dalam air tersebut dan air dibuat minum serta mandi.
Kepada orang yang terkena sihir, tidak boleh makan rebung seumur hidup, termasuklah kuahnya. Jika dimakan, kesan sihir itu akan berulang kembali.
@Halia - hiris 2, 3 keping dan rendamkan di dalam air. Beri minum air ini kepada anak2 untuk mendapat otak yang pintar.
@Madu dicampur kulit Kayu manis adalah antara ubat paling hebat Di dunia ini. @Untuk mengelak dari sakit mata - kerjakan solat Maghrib di awal waktu

@Jangan tinggalkan solat, kerana setiap solat yg ditinggalkan itu akan menyebabkan datangnya penyakit2.

Share:

5 LANGKAH MUDAH NAK BUAT DUIT DENGAN MENJUAL PERFUME DI MALAYSIA


1. Daftar Menjadi Agen Jenama Perfume Yang Berkualiti & Unik.
.
Skrg makin ramai yang berminat dan start ada citarasa perfume masing-masing. Disebabkan itu, demand utk produk perfume semakin tinggi dan peluang nak buat duit pn agak banyak. Jadi carilah jenama Perfume yang berkualiti dan mempunyai potensi yang tinggi untuk pergi jauh di pasaran.
.
2. Mula Promote Kepada Kawan-kawan & Saudara-mara
.
Bila anda menjadi agen Perfume, mulakan usaha promote dari saudara-mara dan kawan-kawan di sekeliling. Sebab apa ? Mereka lah orang yang sudahpn kenal dan percaya anda. Bila kepercayaan itu sudah ada, lebih senang untuk menjual sesuatu produk pada mereka. Bagi mereka cuba tester, supaya mereka lebih convinced untuk beli jika suka perfume tersebut.
.
3. Gunakan Sosial Media
.
Apabila seseorang melihat satu2 produk secara kerap, in shaa Allah lebih senang untuk dia beli produk tersebut. So mcm mana nak buatkan orang melihat produk kita kerap ? Of course through sosial media la kan ? Gunakan pesbuk, instegrem dan post secara konsisten biar org nampak produk tu hari2. Melalui sosial media, orang yang tak kenal kita pun boleh ada keyakinan terhadap kita kalau dipromote secara konsisten.
.
4. Berikan Tester Untuk Tarik Pelanggan.
.
Kalau perfume, sah2 sample dan tester adalah salah satu alat utk tarik pelanggan suka dengan produk kita. Tak kenal maka tak cinta. Taktau bau, macam mana org akan suka ? Brand2 besar di shopping mall pun gunakan kaedah sample untuk tarik orang masuk ke kedai mereka seterusnya buatkan pelanggan membeli.
.
5. Buka Booth Untuk Buat Sales
.
Tak Buat Marketing & Sales, macam mana nak dapat customer? Salah satu cara nak buat sales adalah dengan membuka booth. Selalu lah usha2 event2 di kawasan anda melalui Facebook events, dan pencarian google. Tanpa kita sedar memang setiap hari, setiap minggu ada je event berlaku sekeliling kita. Kadang2 nak buka booth di dalam event ni, tak sampai RM60 sehari pn kalau pandai cari. Tak perlu amik booth yang mahal2, cari je yang murah2, start buat sales, dapatkan momentum, sebelum masuk booth besar2 yang ada crowd ramai.

So itulah 5 tips dari Gecks and Cov untuk bantu anda mulakan usaha menjual perfume secara online dan juga offline. 
.
Oh ye, btw, Gecks and Cov adalah jenama perfume buatan tangan, bukan perfume inspired, tapi perfume yang dicipta sendiri oleh perfumers di Gecks and Cov yang berada dalam bidang perfume lebih dari 5 tahun.
.
Team Gecks and Cov sndr cari, adun dan cipta pelbagai bau untuk mencipta perfume2 Gecks and Cov yang baunya lebih tahan dan lebih berkualiti berbanding perfume inspired yg biasa. Dengan modal yang sangat rendah, anda akan mendapat satu starter kita yang mengandungi 6 tester perfume yang anda boleh guna untuk bagi orang cuba untuk buatkan mereka beli.
.
Anda berminat nak join sebagai agen Gecks and Cov ?
Klik link ini utk wasap kami dan Join >>> 
www.wasap.my/60132517173/AgenGnC
www.wasap.my/60132517173/AgenGnC
www.wasap.my/60132517173/AgenGnC
Share:

MENUJU MASA TUA


*1. Baki umur ini pendek,*
"selagi selera.....makanlah"
"selagi layak........pakailah"
"Selagi manfaat......belilah" 
"Selagi sihat.....mengembaralah
"Selagi lapang ... bersilaturahimlah
"Selagi boleh........bersedekah"
"Selagi mampu .... berjihadlah"
"Selagi bernyawa.. beribadahlah
*Nikmati hidup seadanya.* 

*2.* Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini waktunya untuk melepaskan harta, pangkat, anak, isteri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada keikhlasan.*

*3.* Sehari berlalu, umur berkurangan, berbuat baiklah dan sentiasa ingat Allah kerana *kita tidak tahu bila akan dipanggil.*

*4.* Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan *pasti masuk KUBUR..*  Menyesal di dunia masih ada jalan, jangan menyesal dalam kubur tidak berguna lagi.

*5.* Jangan tengok ke atas, akan sentiasa merasa kurang, tengok ke bawah boleh merasa cukup dan syukuri apa adanya pasti bahagia. *Bersyukurlah..*

*6.* Yang terbaik adalah berbuat  baik, membantu orang lain, *Jangan  menyakiti, latih diri dgn berbaik sangka , agar sehat zahir batin.*

*7.* Kasih orang ibubapa tidak ada batas. Sedarlah, bila anak sakit, ibubapa bagai terhiris dan susah hati namun apabila  ibubapa sakit anak cuma tengok dan bertanya.
Anak-anak memakai wang ibubapa seperti kewajipan, tetapi ibubapa memakai wang anak, boleh bawa masalah. *Cukupilah diri sendiri jangan berharap pemberian anak.*

*8.* Rumah ibubapa adalah rumah anak, tetapi rumah anak bukanlah rumah ibubapa. *Sedarilah.* 

*9.* Ibubapa selalu mendoakan anak, tapi anak jarang  mendoakan ibubapa. Maka *beramallah kita dgn amal yg banyak, jangan bergantung kepada doa anak.*

*10.* Kebaikan dan keburukan sebagai ujian dan tidak akan berakhir sampai kita mati. *Hadapilah dgn syukur dan sabar.*                                                                                                                                                                               Kalau anak-anak sudah berkeluarga dan meninggalkan kita, giliran kita untuk kembali memikirkan diri kita sendiri . . .

*Renungan menjelang tua . . .*

*Bila kita tua* ...
Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yang indah.

*Bila kita tua* ... 
Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan
kan kita tentang kebesaran Allah, utk mengkagumi keindahan ciptaan NYA.

*Bila kita tua* ... 
Jangan susahkan  diri *memikirkan anak2 secara berlebihan*. 
Mereka akan mampu berusaha sendiri. 
Cuma tentukan hutang anda lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

*Bila kita tua* ... 
Terimalah penyakit apa adanya.  Kerana semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati.

"Selagi diberi kekuatan, berjihadlah di Jalan Allah mengikut kemampuan yang ada. Moga mendapat *rahmat dan keredhaan dari ALLAH.*

*Kata2 nasihat* ... 
"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. 

Selamat menikmati Masa Tua dengan Bahagia .....
Share:

Bila Nasi Sudah Mula Hangit


Pelbagai ceritera dan tindakan yang tak pernah kita dengar pun selama ini tetapi hari ini perkara aneh itu menjadi kebiasaan.

Sebelum ini Najib dan BN digelarkan kerajaan perompak dan pelbagai bahasa yang amat kasar. Setiap sen duit kerajaan bisa dihitung oleh pak mat di kampung dan mak minah di ulu pendalaman. Itu semua duit rakyat katanya. Harga minyak dikira naik turunnya. GST diteliti dari setiap bil.

Hidup pula dikatakan susah dan rakyat makin miskin. Peneroka masih mengeluh harga sawit yang ketika itu RM600 satu tan dan katanya bila la buah nak mahal ni. Felda dituduh katanya menjerut peneroka tapi sekarang harga buah tinggal RM280 saja.

Anak muda bangga berarak mahukan PTPTN mereka dihapuskan kerana banyak negara pendidikan percuma kata mereka. Lepas belajar terus kawin dan beli kereta tinggal menyewa bukan rumah flat tapi teres yang sewaan RM1,000 ke atas. Dapat anak merungut katanya susu mahal dan lampin semua mahal.

Penjawat awam makin berani. Katanya kerja dalam tekanan kerana tugasan dan bermacam arahan dari kerajaan kerana polisi. Cikgu lantang di kantin mengutuk kerajaan ketika itu dengan isu yang mereka sendiri tidak tahu pangkal hujungnya.

Tapi itu semua dulu…

Hari ini AMBO tidak lihat netizen yang menyalak pasal minyak walhal minyak masih mahal. AMBO tidak lagi nampak Guru yang berani berpolitik di sekolah walhal polisinya masih sama malah makin teruk dengan idea bodoh Menteri dan Timbalan Menteri yang mahukan cuti pun berperingkat mengikut negeri.

Tiada lagi manusia yang prihatin meneliti bil belian mereka walhal SST 16% berbanding GST 6% dan bukan pada barangan keperluan asas.

Tiada lagi posting maki hamun dan cercaan dari golongan muda tetapi PTPTN mereka masih perlu dibayar sehingga kini,hahaha…

Pak Mat, Hj Rauf dan Mak Minah tidak lagi berminat nak bercakap politik setiap kali ke pasar dan kedai kopi. Pesara seperti Hj Salleh tidak lagi memaki kerajaan walhal pencen yang mereka nikmati bakal ditarik.

Tup-tup Kerajaan Baru istiharkan bermacam alasan untuk tidak melangsaikan hutang janji mereka kepada rakyat tetapi tiada rakyat yang marah malah bangkit pertahankan walau barangan mahal.. walau minyak tidak turun.. walhal PTPTN tetap kena bayar.. walhal cukai sekarang takde dalam bil tapi dah dimasukkan awal-awal tanpa mereka tahu pun berapa dan banyak mana. Yang pasti barangan sesen tak turun malah lebih mahal.

Penjawat awam takde sorang yang marah walhal kenaikan gaji mereka pun nak dikaji semula. Tiada bonus tiada kenaikan tangga gaji.

Tup-tup Anak Pak Miuun ‘call’ bagi tau nak balik kampung sebab kontrak kerja tak disambung dekat-dekat raya hari tu.

Tup-tup anak Mak Limah bagi tahu nak pinjam duit untuk bayar sewa rumah sebab syarikat dah diberhentikan dari projek besar dan dia pun takde kerja. Hanya bini yang misi tu jer lah talian hayat yang ada.

Tup-tup dengar kabar kerajaan nak jual aset dan harta negara sebab kononnya takde duit nak urus negara.

Yang menghairankan ialah dulu kerajaan ‘perompak’ merompak duit rakyat tapi boleh bagi bonus dan kenaikan gaji. Boleh bagi BR1M. Banyak projek besar dilaksanakan dan anak-anak muda senang dapat kerja dan sara ibubapa. Banyak projek kecil di luar bandar dan pembangunan sampai depan tangga walau dalam tanah rancangan dan ulu pendalaman.

Kerajaan perompak tapi penjawat awam senyum lagi sebab boleh bawak balik duit bonus raya.Akhir tahun tak sakit kepala sebab ada bonus hujung tahun yang boleh selesaikan baju seluar anak sekolah.

Yang hairannya dulu kerajaan ‘perompak’ tapi takde plak dengar kerajaan jual aset penting negara malah PNB dari RM12 billion aset meningkat kepada RM 43.9 pada akhir 2017. Aset Khazanah dari RM33.7 billion menjadi RM115.7 billion.

Kebenarannya diakui Daim yang merupakan perancang utama ekonomi negara mengakui sukar menguruskan ekonomi negara hari ini. Kerana apa? Kerana pelabur tidak yakin dengan kerajaan hari ini.

Dalilnya apa? Dalilnya ialah lawatan PM di beberapa negara termasuk jiran Brunei menemui jalan buntu untuk meminjam wang dari Japan, China , Amerika dan London.

Kerana apa pelabur tak yakin? Sebab semua pemimpin bercakap soal hutang negara. Pergi luar negara cakap negara berhutang sampai trilion.

Walhal soal hutang itu untuk mendapat simpati rakyat dan memberikan alasan supaya rakyat tidak marahkan kerajaan kerana tak tunai pelbagai janji. Mana ada pelabur atau negara yang bodoh mahu melabur atau bagi pinjam kepada negara yang hutangnya banyak dan bakal bankrap.

Rupanya dari dulu pembangkang ketika itu menyatakan negara akan bankrap dan bankrap itu betul tapi bukan di tangan BN tapi mereka yang akan bankrapkan negara dengan menjual aset negara, bagi peluang anak-anak dan kroni rompak kontrak besar dan kebodohan mengurus negara.

Kepada rakyat yer.. AMBO tahu sangat yang anda semua tengah meratapi kesilapan anda semua.Tu sebab takde caci maki di sosial media. Bukan tak nak maki tapi anda semua sedang malu dengan diri anda sendiri.

Anda sedang berkecamuk mengira baki wang dalam akaun anda yang tak sebanyak mana tu. Anda sedang berkira sebelum ke kedai atau shoping komplek dan tidak seperti dulu.

Anda juga masih tidak menonton TV3 seperti dahulu kerana anda dah muak dan mula marah dengan wajah atau watak yang keluar berita setiap hari pasal hutang..hutang..dan hutang..termasuklah anda yang hutangnya makin bertambah..hikhikhik..

Apa pun persoalan dengan tajuk di atas AMBO nak tinggalkan kepada pembaca untuk menjawabnya.
Share:

Do not double park your vehicle!


NETIZENS on social media are divided over the double-parking road rage incident that happened in Bentong recently. Some feel the action of the pickup truck driver in ramming the car that was blocking his vehicle was justified. Others say that no matter how angry the driver was, he should not have taken the law in his own hands. They also stressed that the owner of the car should be punished for double parking and obstructing another vehicle.

To me, what was very disturbing about the affair was that there were other parking spaces available and there was no reason for the owner of the car to double park. The owner claimed that he had left a name card in his car. But this is absurd because it would be difficult to read the phone number on the card.

My car has been blocked a few times and I have encountered different reactions from the owners of the offending vehicle. On one occasion, I was coming out of a bank when I saw my car, which was parked in front of the building, blocked by another vehicle. I tooted the horn for several minutes but no one responded. Then I walked back into the bank to ask around for the owner but no one spoke up. After 15 minutes, a lady whom I had seen at the customer service counter emerged.

I scolded her for not responding to me earlier but instead of apologising, she angrily said: “Wait for a few minutes, can die meh?”

I was so angry I nearly slapped her but I quickly realised I might get myself in trouble for doing that.

On another occasion, the owner of the car that blocked mine left a note with his name and phone number on the dashboard. The note said “I am sorry for blocking, please call xxxxxxxx.” A young man emerged immediately after I called the number and he apologised before removing his car.

I hope that owners of vehicles will display a note with their phone numbers prominently on their dashboard and respond immediately when they get called (pic).

The authorities should restrict parking time in lots in busy areas to 30 minutes between 8am and 5pm. This will ensure that some parking spaces are always available, thus preventing double parking and ugly road rage episodes.

A heavy fine, like RM300, must be imposed on vehicles that exceed the 30-minute parking time. The authorities must also have personnel patrolling these areas to ensure that people comply with the ruling. A heavy fine must be imposed on those who double park and block other drivers in order to deter motorists who have a bad habit of doing this.

Many of my relatives and friends park in front of my gate when they come to visit although there are parking spaces available near my house. On many occasions, I had to ask them to move their cars to allow me to drive into my porch. Sometimes when I get annoyed with the visitors, I would park my car somewhere else, enter my house and either casually acknowledge them or ignore them to show my displeasure. Some have got the message and stopped parking in front of my gate.

As habits are hard to change, stopping illegal parking will be difficult so we hope that the authorities will constantly patrol the busy areas and book those who commit the offence. Tow away the offending cars instead of clamping them. This is because the owner of the car that is blocked will not be able to drive away until the offender pays the fines to remove the clamp from his/her vehicle.


Share:

Kedai Eco RM2 Menipu Pengguna


Pada awal Ramadhan yang lalu abam kie ada membeli sedikit barangan di kedai Eco RM2 di Tanah Merah, Kelantan. Kedai tersebut baru saja dibuka jadi ramailah orang yg dtg. Abam Kie membeli pinggan, mangkuk dan talam melamine berharga RM26. Kalau namanya kedai 2 rial maka brg2nya harga rm2 seunit. Brg2 di sini juga kurang berkualiti. Padan la dengan harganya.

Bila isteri abam kie balik pejabat hari tu dia kata pinggan2 tu x perlu guna sebab masih ada byk lg kat dlm kabinet. Menyesal plak beli. Lalu abam kie bercadang nak tukar brg2 tu dgn barang lain spt makanan. Lalu esoknya abam kie pergi ke kedai 2 rial tu. Mula2 seorang staff dia kata boleh tukar jd abam masuk la dan pilih brg2 makanan yg bersesuaian. Lepas tu kena berbaris panjang giler. Tup2 bila tiba di counter siap cashier tu kata brg2 di kedai tu x leh tukar dgn brg2 lain. Kalau nak tukar pun brg2 yg sama. Tu pun sbb rosak atau kecacatan kilang. Hmm...bengong tul dia ni. Setahu aku boleh je tukar apa2 brg asalkan jgn minta kembali duit. Abam malas bertekak lalu abah terus beredar dgn marah n geramnya!

Sampai di rumah, abam terus google no telefon ibu pejabat kedai tu. Rupa2nya ia berpusat di Segamat, Johor. Lalu abam call no yg dijumpai. Staff yg jawab kata mereka akan bagi jawapan sekejap lagi. Dekat sejam menunggu tiada panggilan balas pun! Lalau abam call kembali. Hanya 30 minit kemudian barulah seorang staff perempuan Melayu menelefon n memberikan penjelasan kpd abam kie.

Huh! Mmg polisi sykt mrka x bagi tukar brg dgn alasan brg2 di situ sudah murah. Heran tul aku! Satu lagi hak pengguna diragut. Tambah pompuan tu lagi kalau tukar brg yg berlainan jenis akan menyebabkan susah kpd mrka nak check brg2 keluar masuk. Satu lagi alasan bodoh. Lalu abam cakap kat dia sy nak hebohkan kisah benar ini di media aliran perdana. Baru mrka sedar!

Mulai detik itu abam kie haramkan kaki ini menjejak kaki ke kedai RM2. Sekian. Terima kasih.

Share:

Google+ Followers

About Me

My photo

Thanks for stopping by! You have stumbled upon the profile of Abam Kie. I am a 43-year-old TESL graduate teaching English 1119 to SPM candidates. Kindly follow my blog and click on the nuffnang and adsense advertisements! Thanks a lot!

Followers

Labels