Home Top Ad

Responsive Ads Here

Mudahnya Nak Kurus Dengan Bobba Fitz!

Share:


Assalamualaikum. Sejak cuti sekolah bermula lebih awal kerana PKPB tempohari, Abam Kie dapati berat badan ini sudah semakin bertambah. Biasanya berat badan Abam Kie sekitar 77kg sahaja. Tapi bila timbang pada 2 minggu lepas bacaan menunjukkan angka 79.7kg pulak! Ini tak boleh jadi! Langkah drastik perlu diambil kerana sekolah hanya akan dibuka pada 20 Januari 2021. Kalau asyik makan aje mesti jadi makin boroi perut ini. 


Kebetulan sejak kebelakangan ini rasanya makin ketat la pulak seluar ni kat pinggang. Takkan la nak kena alter seluar lagi? Kena turunkan sikit berat badan ni, terutama sekali kat perut. Bila kurus sikit pasti tak akan termengah-mengah apabila menaiki tangga ke kelas nanti. Nak main kejar-kejar dengan anak pun pasti laju kan? In Shaa Allah. 

Mujurlah kawan blogger yang sedaerah dengan Abam Kie, Sis Hawa, memperkenalkan produk Bobba Fitz kepada Abam Kie. Dia pun memang mengamalkan produk ini dan hasilnya amat memberangsangkan. Suami Sis Hawa, Abang Rock pun turut sama mengambil minuman Bobba Fitz ini. Hmmm..sememangnya Bobba Fitz sesuai untuk lelaki dan wanita. Tidak seperti produk pelangsingan badan lain yang khusus untuk wanita aja, Bobba Fitz selamat digunakan untuk kaum Adam juga. Kelas gitu! 

PENGENALAN PRODUK BOBBA FITZ: 



Sebelum Abam Kie ceritakan lebih lanjut tentang Bobba Fitz, minuman diet perisa coklat ini, ada baiknya Abam Kie memperkenalkan syarikat pengeluarnya. Untuk makluman kawan-kawan, Bobba Fitz ini dikeluarkan oleh syarikat Tejja Herbs, sebuah syarikat  bumiputera yang aktif menghasilkan produk dengan menggunakan bahan semulajadi. Syarikat Tejja Herbs adalah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) 002215435-D. Segala produk dari mereka dijamin keasliannya 100%. Untuk memudahkan urusan jual beli pelanggan, Tejja Herbs mempunyai pasukan yang berpengalaman yang sentiasa menguruskan penghantaran produk dengan pantas, cekap dan efisyen. Jadi kita tak perlu meragui kecekapan dan kepantasan Tejja Herbs dalam menerima pesanan dari pelanggan untuk membeli produk mereka nanti.

Selain daripada itu, semua produk Tejja Herbs adalah lulus KKM dan Halal. Jadi selamat digunakan oleh umat Islam. Jangan risau ye? Bobba Fitz ini adalah produk terbaharu dari Tejja Herbs. Selain daripada Bobba Fitz, syarikat ini ada mengeluarkan produk lain seperti Dr. Beau Cleanser, Foundation Dr. Beau, Dr. Beau Serum Vit E dan Jus Dara Vogue. Semua produk pada harga mampu milik, OK?
 

Satu perkara yang istimewa tentang Bobba Fitz ini adalah, ia tergolong di bawah FDI. Apa itu FDI? Jom Abam Kie terangkan sikit. Produk FDI adalah produk yang mempunyai formulasi kombinasi bahan makanan yang ditambah dengan bahan aditif (e.g. vitamin, herba, mineral, asid amino dan prebiotik). Contohnya produk minuman campuran botani/herba dan produk makanan kesihatan. Produk FDI ni boleh jadi ubat/bukan makanan dan boleh jadi makanan/bukan ubat. Kalau bahan aktif yang ditambah terdapat dalam negative list for FDl dan/atau ada tuntutan kesihatan/perubatan, maka ia jadi Ubat/Bukan Makanan dan dikawal oleh NPRA dan perlu ada kelulusan KKM. Kalau tiada bahan aktif dalam negative list for FDI dan tiada tuntutan kesihatan/perubatan, maka ia dikawal oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dan tidak perlu kelulusan KKM. Produk-produk seperti ini, perlu mendapatkan pengesahan pengkelasan produk dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan / NPRA sebelum boleh dikategorikan sebagai makanan atau bukan makanan.

KANDUNGAN DI DALAM BOBBA FITZ:

Abam Kie sangat yakin bahawa Bobba Fitz adalah minuman diet paling berkesan untuk turunkan berat badan kerana ia mengandungi pelbagai bahan yang menyihatkan dan mujarab seperti berikut:

* Cocoa powder
 
Serbuk koko terpilih menyebabkan Bobba Fitz mempunyai perasa booba yang sedap. Jadi Abam Kie menikmati kesedapan dalam setiap tegukan. 

* Non-diary creamer

Krimer Bukan Tenusu sebagai pengganti kepada susu segar. Terdapat orang yang alah kepada bahan tenusu, jadi krimer bukan dari hasil tenusu diadunkan dalam Bobba Fitz menyebabkan rasanya seakan susu segar!

* Hoodia Gordonii (di kotak typo tulis Hoocia)

Hoodia (disebut HOO-dee-ah) adalah tumbuhan seperti kaktus yang tumbuh terutamanya di separuh gurun Afrika Selatan, Botswana, Namibia, dan Angola. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, hoodia telah banyak dipasarkan untuk penurunan berat badan dan telah menjadi sangat popular. Dalam Bobba Fitz, hoodia hanya dimasukkan dalam kuantiti yang sedikit. 


* Fructose (Bahasa Melayu disebut sebagai Fruktosa)

Fruktosa terkandung di dalam buah-buahan. Gula fruktosa adalah gula alami dari buah yang jumlahnya tidak terlalu banyak. Oleh sebab itu Bobba Fitz ini tidak memudaratkan pengguna yang ada penyakit kencing manis kerana kandungan gula di dalamnya cuma sedikit. 

* Whey Protein

Protein whey adalah produk sampingan daripada pembuatan keju. Protein whey biasa dipasarkan sebagai makanan tambahan dengan pelbagai tuntutan kesihatan. Terdapat pelbagai kajian menunjukkan kebaikan protein whey termasuk anti keradangan, anti kanser dan sebagainya. Secara amnya ada beberapa kebaikan protein whey seperti:

• Membantu dalam menurunkan berat badan
• Membantu meningkatkan peratusan otot
• Membantu dalam rawatan kanser
• Meningkatkan paras glutathione. Glutathione adalah antioksida
• Membantu mengurangkan kesan HIV
• Membantu mengurangkan triglicerida
• Membantu mengurangkan kolesterol disamping meningkatkan HDL
• Membantu meningkatkan kekuatan dalam sukan
• Membantu mengurangkan masa pemulihan

* Garcinia Cambogia 

Garcinia Cambogia adalah bahan yang terkenal dapat membantu menurunkan berat badan. Kandungan Garcinia di dalam Bobba Fitz adalah 3 KALI GANDA dari produk-produk lain jadi lemak pun akan 3 KALI GANDA CEPAT HILANG! Bagus kan?

CIRI-CIRI BOBBA FITZ:

Meh Abam Kie kongsikan ciri-ciri Bobba Fitz sebagai minuman sedap untuk kurus yang sesuai untuk kita semua. 

i. Minuman diet pertama yang berperisa coklat bobba (Chocolate Bobba). Perisa coklat bobba ni memang popular sekarang. Jadi sudah pastinya ia sedap diminum. 

ii. Digalakkan kepada pengguna yang berusia 18 tahun dan ke atas. Jadi remaja yang belum ambik SPM tidak dibenarkan meminum Bobba Fitz ni. Anak Abam Kie yang 'obese' tu nak juga cuba tapi Abam Kie tak izinkan sebab dia baru di tingkatan 2. 

iii. Sesuai untuk mereka yang susah nak kawal selera makan tapi nak kurus. Ramai yang nak kurus tapi tak boleh kawan selera makan. Tapi dengan Bobba Fitz ni ada tak seharusnya berlapar semata-mata untuk kurus! 


iv. Sesuai juga untuk mereka yang tak ada masa untuk bersenam tetapi mahu kurus. Kehidupan yang sibuk dan mencabar sekarang menyebabkan kita tiada masa nak bersenam. Dengan Bobba Fitz, tanpa bersenam pun boleh kurus, tau! Tak caya? Cubalah dulu!

v. Tidak perlu ikat perut berlapar demi kurus. Selepas minum Bobba pada waktu pagi kita masih boleh makan tengahari seperti biasa. Tiada masalah!

vi. Rasa kenyang walau hanya makan 1 sachet Bobba Fitz sehari sekali. Abam Kie dah cuba. Memang tak rasa lapar langsung! Cuma perlu minum air masak secukupnya la...

vii. Kesan selepas pengambilan seawal  7 hingga 14 Hari. Kejapkan? Macam tak sabar nak lihat tubuh yang langsing nanti... Tak perlu menunggu lama...

KELEBIHAN BOBBA FITZ UNTUK LELAKI & WANITA: 


Berikut adalah kelebihan Bobba Fitz sebagai minuman diet untuk lelaki dan perempuan masa kini:

• Membakar lemak tepu degil dan kalori  yang melekat dalam badan dgn lebih cepat dan pantas 
• Meningkatkan metabolisma untuk mempercepatkan lagi penurunan berat badan 
• Minuman paling mudah untuk mengurangkan selera makan 
• Membuang lebihan toksin lama dan mengempiskan perut dengan lebih cepat dan berkesan 
• Mengecilkan  bahagian pinggang, lengan dan peha yang besar dan menggeleber
• Mencantikkan kulit
• Membantu mengawal selera makan

PENGALAMAN ABAM KIE MENGAMBIL BOBBA FITZ: 


Sudah hampir seminggu Abam Kie mengambil Bobba Fitz ini. Kini berat badan Abam Kie sudah sedikit berkurangan berbanding dulu. Sehari selepas menerima kotak Bobba Fitz ini Abam Kie terus meminumnya. Tak sabar nak kurus sikit ni! Dalam kotak Bobba Fitz ini ada 10 satchet seberat 20 gram setiap satu. Kira cukup benar la untuk satu mug. Abam Kie meminum Bobba Fitz ini sekali sehari sebaik sahaja selepas sarapan. Cara pengambilannya mudah sahaja. Campurkan 1 sachet Bobba Fitz dengan 120ml air suam atau air sejuk. Kocakkan dalam shaker atau atau bancuh di dalam cawan. Pastikan ia sebati. Lepas tu terus minum! Kalau nak lebih sedap campurkan dengan ais. Tapi Abam Kie lebih suka diminum suam aje.

Jadi Abam Kie menggantikan teh atau kopi dengan Bobba Fitz selama 10 hari untuk sarapan. Oh! Lupa pula nak beritahu harga minuman diet perisa coklat yang sedap ni. Harga 1 kotak cuma RM79 untuk Semenanjung Malaysia dan RM89 di Sabah dan Sarawak. Jika nak lihat hasil yang lebih berkesan, boleh diminum sekali dengan Bobba Toxx. 


Selepas minum satu mug Bobba Fitz Abam Kie rasa lebih bertenaga dan kekal kenyang sepanjang hari. Cuma perlu lebihkan meminum air masak untuk kelancaran aliran darah di dalam tubuh. Abam Kie pun tak terasa lapar pada waktu tengahari. Untuk lunch cuma makan sandwich dan kurang memakan nasi. Kalau makan pun cuma lauk-pauk saja untuk sumber protein. Lepas tu Abam Kie ambil sayuran dan buahan sebagai sumber serat dan vitamin C. Mula-mula sukar juga nak kurangkan nasi tetapi selepas minum Bobba Fitz, keinginan untuk makan nasi dalam kuantiti yang banyak dapat dielakkan. Bagus kan Bobba Fitz ni?   

Kadang-kadang bila cuaca mengizinkan, Abam Kie turun mengayuh basikal pada waktu petang untuk menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh. Maklumlah kan, dah di akhir 4 series ni perlu kekal aktif dan cergas agar dapat menghindari penyakit yang serius. 


Selepas menggunakan Bobba Fitz selama 5 hari saja, berat badan Abam Kie sudah turun sebanyak 0.5 kg. Memang la tak turun dengan mendadak tapi ada kesannya, kan? Yang penting sekarang tubuh rasa ringan. Bila berlari rasa laju je berbanding dulu. Perut pun kurang terserlah berbanding dulu. Terasa seperti 10 tahun lebih muda gitu sebab langsing sikit. Kalau Abam Kie boleh, kawan-kawan pun pasti boleh juga kan? 100g turun sehari tu kira boleh tahan dah pun. Setuju kan?


Foto Abam Kie pada tahun lepas. Terserlah perut yang maju ke depan tu...


Foto terkini Abam Kie. Sedikit kurus berbanding dahulu. 

Q &A BOBBA FITZ:

Masih tidak pasti tentang keberkesanan Bobba Fitz untuk menurunkan berat badan kawan-kawan? Jangan biarkan diri kawan-kawan diselubungi misteri. Jom Abam Kie kasi tahu agar kawan-kawan tidak keliru, OK? 

Q : Sesuai tak untuk ibu yang menyusu?
A : Untuk Bobba Toxx boleh tetapi untuk Bobba Fitz digalakkan hanya selepas bayi berusia 6 bulan dan ke atas.

Q : Minum Bobba Fitz boleh sembelit?
A : TIDAK kerana Tejja Herbs turut mengeluarkan minuman Bobba Toxx (detox) yang boleh membantu melawaskan pembuangan najis dan toksik di dalam badan. 

Q : Ada rasa debar tak jika minum? 
A : Tidak, tetapi adalah digalakkan untuk mengambil makanan berat sebelum mengamalkan minuman Bobba Fitz ini.

Q : Boleh minum jika ada penyakit?
A : Semua pengguna yang mempunyai sejarah penyakit hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu sebelum mula mengamalkan minuman Bobba Fitz ini. Untuk mereka yang mempunyai penyakit kritikal, sama sekali tidak digalakkan untuk minum minuman Bobba Fitz ini. 

Q : Jika berhenti minum, adakah berat badan akan naik semula?
A : Berdasarkan testimoni, 90% TIDAK AKAN GEMUK SEMULA namun ia turut bergantung pada pola pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan oleh pengguna selepas berhenti mengamalkan minuman ini. 

BAGAIMANA NAK BELI BOBBA FITZ?

Bobba Fitz ini boleh didapati di laman web Tejja Herbs atau stokis dan ejen berdaftar di seluruh negara. Sekarang ini, syarikat Tejja Herbs menawarkan pakej percubaan iaitu 1 kotak Bobba Fitz dan 1 kota Bobba Toxx pada harga RM134 (SM) dan RM139 (SS) beserta shaker (penggoncang) percuma! 

Kawan-kawan boleh membeli secara terus di laman web Tejja Herbs seperti gambar di atas. Selain dari itu kawan-kawan boleh juga membeli dengan stokis, ejen dan dropshipper berdaftar yang sah di Facebook Page Bobba Fitz. Mereka ni ada update status di FB page berkenaan dan pilih je mana-mana yang tinggal berdekatan. 


Sekarang ni pun syarikat Tejja Herbs sedang mencari individu yang berminat untuk menjadi ejen dan stokis bagi Bobba Fitz ini. Gambar di atas ialah harga pakej untuk produk Jus Dara Vogue. Tidak lama lagi akan terpapar harga pakej untuk ejen dan stokis Bobba Fitz pula. Sudah pasti harga pakej stokis dan ejen jauh lebih rendah daripada harga pengguna. Jika kawan-kawan serius ingin kurus, apa salahnya mohon jadi ejen terus? Sambil kurus, dapat jana pendapatan tambahan! 

Untuk urusan pembelian dan pertanyaan lanjut, kawan-kawan boleh hubungi team Tejja Herbs melalui maklumat di bawah ini:

Alamat: 
TEJA HERBS, NO. 16-1 Jalan Equine 10C Taman Equine 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tel: 0169633443 atau 0169333443
(Call : 9.00 a.m. – 6.00 p.m. Isnin – Sabtu | Whatsapp/SMS setiap hari 24 jam)

Waktu Operasi: 
Isnin – Jumaat
10.00 a.m – 8.00 p.m

Website:

Facebook:

Instagram:

#bobbafitz #minumandiet #minumankurus #tejjaherbs 

No comments