Home Top Ad

Responsive Ads Here

Juadah popular di Bazar Ramadhan

Share:

PALING meriah bila datangnya bulan puasa adalah disebabkan bazar Ramadhan. Hari-hari dapat singgah bazar selama sebulan.

Banyak pilihan makanan, sampai ada yang sanggup pusing dua, tiga kali tapak bazar tu untuk tengok makanan best untuk berbuka. Makanan bazar juga antara pilihan wanita bekerja yang mungkin tak sempat nak memasak sebelum berbuka.

Jom kita tengok antara juadah WAJIB dibeli di bazar Ramadhan. Mesti di dalam list di bawah ni juga antara favourite kawan-kawan kan?

Tapi seperti mana yg kita maklum pada tahun 2020 ni, Bazar Ramadhan TIADA di seluruh negara gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi kalau nak merasa semua makanan wajib ada di bazar Ramadhan ni kena buat sendiri atau pun order menerusi FoodPanda, GrabFood, Hantar dan mcm2 lagi perkhidmatan penghantaran makanan yg ada di tempat anda. 


1. ROTI JOHN

Roti lembut yang diisi dengan daging atau ayam kemudian dilapis dengan telur serta ditambah dengan campuran mayonis dan sos cili dan lada hitam. Confirm ramai sanggup beratur nak makan roti john!


2. AYAM PERCIK
Belum lagi masuk ke tapak bazar, dah terbau-bau asap ayam percik ni kan? Semerbak bau rempah perap ayam sampai ada yang tak tahan.


3. BUBUR LAMBUK
Selain mudah didapati di masjid atau surau, bubur lambuk juga ada dijual di bazar Ramadhan. Antara menu yang hanya muncul ketika bulan puasa kerana kesedapannya dan paling pasti, mengenyangkan!




4. MURTABAK
Kami yakin di setiap bazar Ramadhan mesti ada lebih dari 5 gerai yang jual murtabak. Ikut selera anda, sama ada hendak yang berintikan ayam atau daging. Sama ada dicicah dengan kuah kari atau sirap bawang, dua-dua tetap sedap!



5. AIR KATIRA

Antara air favorite orang ramai ketika bulan puasa. Kalau bukan bulan puasa, agak sukar untuk jumpa di pasar-pasar malam sebab bahannya bukan senang untuk didapati.

Minuman popular di Johor ini menghimpunkan pelbagai jenis buah-buahan antaranya katira (getah anggur), kismis, badam, kurma, kembang semangkuk dan susu segar.



6. POPIA BASAH
Ini antara kuih kegemaran Abam Kie tiap kali bulan puasa. Kadang-kadang sanggup beratur panjang walaupun gerai yang menjualnya dipenuhi pelanggan. Sebab isinya yang padat dan sosnya yang berasa pedas manis itu.




7. TEPUNG PELITA
Bila dah kenyang makan nasi selepas berbuka tu, kuih tradisional ini dikira sebagai pencuci mulutlah. Ada juga yang simpan tepung pelita di dalam peti dan makan sejuk-sejuk selepas balik dari solat terawih.
Jadi tahun depan la kita pergi beli juadah di bazar Ramadhan, ye? Jgn sedih kali ini tak dapat kita bersama membeli-belah di sana. 

No comments