Home Top Ad

Responsive Ads Here

Jangan Makan Ubat Tahan Sakit Sesuka Hati

Share:

Kalau anda demam, terutamanya demam yang disertai dengan sakit otot /sendi yang teruk, sakit kepala, loya atau muntah, mungkin sakit tekak sekali....TOLONG, TOLONG,TOLONG jangan makan ubat tahan sakit / pain killer.

Sebab ramai yang beli sendiri pain killer utk di ambil bila sakit2 sendi badan semasa demam. Kalau demam & sakit badan, tak tahan....sila jumpa doktor...biar doktor assess keadaan anda....

Sebab pain killer / ubat tahan sakit jenis NSAIDs ( non steroidal anti inflammatory drugs) boleh meninggi kan risiko:
1) Perdarahan, terutama nya perdarahan pada sistem perut / usus.
2) Kerosakan hati ( hepatotoxicity)

SEKIRANYA, diulangi....sekiranya anda sebenarnya alami DEMAM DENGGI.

Simptom simptom yang di nyatakan dalam perenggan pertama itu boleh jadi simptom demam virus yang biasa, atau pun simptom virus denggi. Selalunya, kalau denggi, simptom2 itu lebih teruk.

So, kalau demam dan sakit2 badan / kepala, nak makan ubat apa yang selamat?

Makan hanya ubat demam PARACETAMOL ..contohnya Panadol. Ini selamat. Ia berfungsi juga utk kurangkan sakit, selain menurunkan suhu demam.
Dan minum air banyak banyak.
Dan ANTIBIOTIC tiada fungsi. Antibiotic bukan untuk jangkitan virus, ianya utk bakteria.

Contoh contoh nama ubat tahan sakit jenis NSAIDS yang anda perlu elak makan sekiranya demam yang simptom2 nya suspect dengue:
- Ponstan
- Ibuprofen
- Voltaren
- Synflex
- Celebrex
- Arcoxia

No comments